Hilmy Ashley, 2B peserta terawal tinggalkan pentas MLM 2018
Madiha Abdullah
November 9, 2018 06:30 MYT
November 9, 2018 06:30 MYT
Satu-satunya peserta solo Maharaja Lawak Mega 2018, Hilmy Ashley dan duo 2B, menjadi yang pertama tersingkir dari pertandingan itu.
Dengan tema bebas, Hilmy dan 2B gagal menyerlah apabila menerima markah dan undian paling rendah daripada juri dan penonton, pada Jumaat malam.
Selain Hilmy dan 2B, satu lagi tempat terbawah diisi oleh finalis Gegar Lawak 2018, Abata.
Pengumuman penyingkiran dibuat oleh salah seorang juri, iaitu Tya Ariffin.
Selain Tya, MLM 2018 diadili oleh tiga lagi juri profesional iaitu Scha Al Yahya, Remy Ishak dan Douglas Lim selaku ketua juri, yang menyumbang 70 peratus markah.
Sebanyak 30 peratus lagi markah adalah hasil undian penonton menerusi aplikasi Tik Tok.
MLM 2018 bersiaran di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) setiap Jumaat jam 10 malam.
#2B
#Douglas Lim
#Hilmy Ashley
#juri
#Maharaja Lawak Mega
#MLM 2018
#peserta
#Remy Ishak
#Tik Tok
#Tya Ariffin