Hikayat cinta sejati sememangnya wujud, netizen doakan kesejahteraan #Fattzura!
Astro Awani
November 28, 2017 09:38 MYT
November 28, 2017 09:38 MYT
Belumpun sampai seminggu selepas pengumuman pertunangan aktor popular Fattah Amin bersama aktres, penyanyi dan usahawan Nur Fazura, malam tadi peminat kedua-duanya dikejutkan dengan berita bahawa pasangan ini sudah sah bergelar suami isteri.
Di media sosial, ramai yang akui belum lagi ‘move on’ dengan keterujaan bahawa pasangan #Fattazura sudah bertunang, namun kini bergembira dengan berita pernikahan mereka.
Majlis pernikahan berlangsung sekitar jam 9.50 malam tadi di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
"Cinta sejati wujud," kata beberapa peminat yang sudah mengikuti pasangan ini ketika digandingkan dalam drama bersiri ‘Hero Seorang Cinderella’ (HSC).
Bukan peminat tegar #Fattzura turut mengucapkan tahniah dan turut mendoakan kebahagian pasangan ini.
Garis masa media sosial turut dibanjiri dengan ucapan tahniah.