'Hidup saya memang kosong' - Sulli mengaku pura-pura gembira

Gempak
Oktober 10, 2019 12:22 MYT
Sulli mendedahkan perkara itu menerusi satu temubual bersama program Reply Night baru-baru ini.
PELAKON dan bekas anggota kumpulan K-Pop f(x), Sulli akui hidupnya terasa kosong dan hanya berpura-pura bahagia di hadapan semua orang.
Sulli mendedahkan perkara itu menerusi satu temubual bersama program Reply Night baru-baru ini.
Menurut Sulli, dia tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan perasaan tersebut dan mendapatkan nasihat daripada rakan-rakannya.
“Hidup saya sebenarnya kosong, saya merasakan bahawa saya sedang berbohong dan menipu semua orang dengan berpura-pura nampak gembira dari segi luaran.
“Saya bertanya kepada ramai orang untuk mendapat nasihat mengenai perkara itu. Mereka memberitahu saya bahawa setiap manusia mempunyai sisi gelap dalam hidup mereka.
“Namun kebanyakkan daripada mereka berpura-pura seolah-olah tidak mempunyai sisi tersebut. Jadi mereka menasihatkan saya supaya jangan menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang pelik,” katanya.
Terdahulu, Sulli sebelum ini telah memuat naik foto-foto yang merakamkan wajahnya sedang tersenyum di akaun Instagram khas buat peminat.
Namun peminat merasakan Sulli cuba menyembunyikan sesuatu disebalik senyuman manis itu.
Sumber: Koreaboo
#f x #Instagram #K-pop #Reply Night #Sulli
;