"Hidung mancung lawa sangat" - Nourul Depp dedah wajah anak ketiga

Gempak
Mei 9, 2019 16:23 MYT
Bayi yang dipanggil dengan nama Isabella itu dilahirkan melalui pembedahan. - Foto Instagram
PENYANYI Nourul Depp buat pertama kalinya mendedahkan wajah anak ketiganya dengan jelas selepas selamat dilahirkan pada 30 April lalu.
Menerusi entri di Instagram (IG), Nourul telah berkongsi buat pertama kali wajah anaknya yang kini berusia lapan hari.
"Assalamualaikum uncle and auntie. My name is Isabella Depp," tulisnya secara ringkas.
BACA: Allah bantu walaupun kami bukanlah yang jenis solat 5 waktu' - Nourul Wahab hampir kemurungan
BACA: Ini kali ketiga Raphael diserang sawan apabila... - Nourul Depp
Entri tersebut mendapat perhatian peminat yang rata-rata memuji wajah anak perempuannya itu serta berharap agar membesar dengan baik.
"@juitajalil: Hidung tercatok nih! Wait a minute, has is already been a month?"
"@amoijan: Waalaikumussalam isabella cute sangat moga cepat membesar dan menjadi anak yang solehah amin."
"@gojes_butik: Tahniah comei..Hidung mancung..Lawa sangat."
Bayi yang dipanggil dengan nama Isabella itu dilahirkan melalui pembedahan.
Nourul telah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Perancis, Eric Depp pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Zachary Depp, 5, dan Raphael Depp, 3 tahun.
Sebelum itu menerusi perkahwinan bersama bekas suami, Ajai, mereka memiliki seorang anak perempuan, Ayu Nazirah, 20 tahun.
#anak #bersalin #Eric Depp #Instagram #Isabella Depp #Nourul Depp #Nurul Wahab #perkahwinan #Raphael Depp #Zachary Depp
;