Hetty Koes Endang terima menantu

Astro Awani
November 21, 2020 12:26 MYT
Hetty Koes Endang (kiri) dan suaminya, Yusof Emir Faishal (kanan) bersama anak dan menantu mereka, Afifah Qamariah dan Faldo Arsanda Aziz. - Gambar Instagram HETTY KOES ENDANG
JAKARTA: Seniwati tersohor Indonesia, Hetty Koes Endang dan suaminya, Yusof Emir Faishal hari ini menerima kehadiran menantu sulung lelaki dalam acara yang diadakan ketika pandemik COVID-19 masih belum reda.
Majlis pernikahan Afifah Qamariah dan Faldo Arsanda Aziz berlangsung sekitar pukul 8 pagi (9 pagi waktu Malaysia) dengan kehadiran sejumlah tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat dan rakan karib.
Sementara sejumlah tetamu lain diundang oleh Hetty untuk menonton acara akad nikah itu secara virtual menerusi aplikasi Zoom.
Sebelum pasangan berkenaan disatukan, penghibur yang turut disegani dan diminati di Malaysia ini pernah berkongsi beberapa foto di akaun Instagram peribadinya beberapa acara prapernikahan Afifah dan Faldo.
Apa yang menariknya, tumpuan seluruh peminat penyanyi yang sangat terkenal dengan lagu Hati Lebur Jadi Debu dan Berdiri Bulu Romaku pada acara-acara penyatuan dua hati itu ialah pada gabungan adat Bugis Makassar yang diwarisi daripada suami beliau, Yusof serta adat Padang dari keluarga menantunya.
#Hetty Koes Endang #terima menantu #Yusof Emir Faishal #Afifah Qamariah #Faldo Arsanda Aziz #penyanyi #seniwati #Indonesia
;