Heroin drama Korea Jun Ji Hyun hamil anak kedua
Gempak
Jun 27, 2017 18:21 MYT
Jun 27, 2017 18:21 MYT
HEROIN drama Korea popular, Legend of The Blue Sea, Jun Ji Hyun dilaporkan hamil anak kedua.
Berita gembira itu disahkan oleh agensinya, Culture Depot semalam.
Usia kandungan Jun Ji Hyun atau juga dikenali sebagai Gianna Jun kini mencecah 10 minggu.
"Jun Ji Hyun telah mengesahkan kehamilannya selepas membuat pemeriksaan di hospital baru-baru ini
"Ji Hyun kini lebih berhati-hati untuk menjaga kandungannya memandangkan masih lagi di peringkat awal.
"Ini merupakan berita gembira dan diharapkan peminat dapat memberikan sokongan kepadanya," katanya seperti yang dilapor Portal Soompi.
Pelakon yang memegang watak sebagai ikan duyung menerusi drama tersebut juga dijangka bakal menimang cahaya mata keduanya pada Januari tahun depan.
Dalam pada itu, peminat juga meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat 'baby bump' aktres cantik itu.
Jun Ji Hyun telah berkahwin dengan Choi Jun Hyuk pada 13 April 2012 dan dikurniakan seorang anak pada Februari 2016.
#Choi Jun Hyu
#Culture Depot
#Gianna Jun
#Jun Ji Hyun
#Korea
#Korea Selatan
#Korea Utara
#Legend of The Blue Sea
#Portal Soompi