Hero "Iron man" belum terfikir untuk bersara

Astro Awani
April 4, 2013 07:56 MYT
Mahupun mendapat saingan di kalangan barisan pelakon muda, pelakon utama filem “Iron Man”, Robert Downey Jr. masih belum terlintas untuk bersara dari dunia lakonan.
Malahan pelakon versatil ini mengakui dirinya masih muda dan tetap layak menyandang watak hero dalam filem.
“Saya hanya berharap untuk terus mengembangkan bakat dengan tawaran watak yang lebih mencabar daripada pengarah filem yang tidak menjadikan usia sebagai alasan untuk tidak memilih saya menjadi watak utama,” kata Downey Jr.
Beliau yang baru sahaja menyambut hari lahir ke-48 pada 4 April lalu berkata demikian sewaktu mempromosikan sekuel ketiga filem Iron Man di Korea Selatan.
Filem kali ini menyaksikan pergelutan Tony Stark yang tewas di tangan musuhnya “The Mandarin” lakonan Ben Kingsley.
“Saya ingin mengucapkan setinggi terima kasih kepada seluruh warga Korean yang telah banyak memberikan sokongan dalam menjayakan filem Iron Man sejak dari sekuel yang pertama lagi,” tambahnya.
Filem “Iron Man 3” dijadualkan tayangan di Malaysia mulai 26 April ini.
#filem #Iron Man #Robert Downey Jr #Tony Stark
;