Henry Cavill tak minat adegan seks: “Tak faham keperluannya”
Gempak
Februari 10, 2024 04:30 MYT
Februari 10, 2024 04:30 MYT
HENRY Cavill mengaku tidak pernah berminat dengan adegan seks yang diterapkan dalam kebanyakan filem di dunia.
Bintang Superman ini juga menyifatkan adegan seks sebagai telah digunakan secara keterlaluan dalam hampir semua naskhah di televisyen mahupun filem.
“Saya tidak memahami keperluannya (adegan seks). Saya bukan peminat,” katanya sewaktu menjadi tetamu podcast dalam episod Happy Sad Confused seperti dilaporkan Usatoday.
Cavill, 40, juga berasa adegan seks yang memberi keuntungan buat pembikin filem bukannya memberi manfaat kepada penonton.
“Saya rasa adegan seks telah digunakan dengan keterlaluan. Ia hanya memberi keuntungan kepada pembikin filem bukannya kebaikan kepada penonton,” ujar Cavill.
Aktor yang membintangi banyak filem besar termasuk Man of Steel dan Argylle itu kemudian menegaskan mengapa dirinya bukan seorang peminat adegan seks.
“Adakah penting untuk penonton melihat pelakon tanpa pakaian misalnya?
“Tidak ada ‘persembahan’ di situ yang akan membuat filem menjadi lebih baik sehingga ia tamat,” katanya lagi. - Gempak