Heidi Klum juri terbaru America Got Talent
Astro Awani
Mac 5, 2013 08:49 MYT
Mac 5, 2013 08:49 MYT
“America’s Got Talent” musim kelapan dilaporkan bakal menambah seorang lagi juri bagi memeriahkan suasana menerusi rancangan itu.
Jurucakap rancangan itu menyatakan, model dan pengacara Heidi Klum telah menerima tawaran tersebut dan bakal menjadi juri keempat program pencarian bakat itu.
Barisan juri yang asal merupakan personality televisyen, Howie Mendel, penyampai radio, Howard Stern dan ahli kumpulan “Spice Girls””, Melanie Brown.
Klum dikhabarkan menandatangani kontrak tersebut pada saat-saat akhir.
Dia bakal mengantikan tempat Sharon Osbourne yang meninggalkan program itu kerana perbalahan dengan stesen televisyen NBC.
“America Got Talent” yang diasaskan oleh Simon Cowell menawarkan hadiah lumayan sebanyak USD1 juta atau RM 3.1 juta kepada pemenang rancangan itu.
Musim kelapan memulakan pengambaran minggu ini.