Hazami sentap Nabil bergurau kasar?

Gempak
November 7, 2017 16:00 MYT
Hazami atau nama sebenarnya Norkamal Hazami Ahmad, 42 tahun, dikatakan terguris dengan gurauan seksual Nabil yang memegang lehernya selepas usai membuat persembahan pada konsert GV4 minggu lalu. - Foto Astro GEMPAK
Penyanyi Hazami menegaskan tiada kemelut melanda hubungan baiknya dengan pelawak Nabil Ahmad susulan jenaka bersifat gangguan seksual yang dilakukan pada minggu pertama konsert Gegar Vaganza 4 (GV4).
Jelas Hazami, dia menyifatkan gurauan yang berlaku sepanjang rancangan GV4 adalah gurauan adik-beradik dan tidak memendam dendam.
Malah, dia sentiasa mengingatkan pelawak itu agar menjaga batas-batas gurauan bagi mengelakkan timbul sebarang kontroversi sekali gus mengguris hati peminat-peminatnya.
"Kami kenal satu sama lain dalam tempoh yang lama malah dia pun tahu cara untuk bergurau dengan saya. Kalau orang yang baru kenal saya, mana mungkin boleh bergurau sampai sedemikian.
"Saya pun anggap dia seperti adik-beradik saya, muka saya nampak serisu sebab tidak mahu dia melampaui batas.
"Kalau nak tahu, setiap minggu pun saya sentiasa berpesan kepadanya supaya tidak melampau kerana saya juga perlu jaga hati peminat saya yang mungkin tidak boleh menerima cara Nabil melawak.
"Saya tahu dia perlu hidupkan suasana dan saya pula kena jaga hati ramai pihak. Jadi, langkah selamat dia minta saya 'hentam' dia balik minggu ini," katanya kepada Astro Gempak.
Hazami atau nama sebenarnya Norkamal Hazami Ahmad, 42 tahun, dikatakan terguris dengan gurauan seksual Nabil yang memegang lehernya selepas usai membuat persembahan pada konsert GV4 minggu lalu.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: Mens Health, @hazamiofficial
#Gegar Vaganza 4 #Hazami #Nabil Ahmad #Norkamal Hazami Ahmad
;