Hazama tidak desak kekasih soal agama

Gempak
Disember 2, 2015 16:15 MYT
Menurut Hazama, dia sangat bersyukur kerana ahli keluarga Genervie yang sangat terbuka dengan hubungan mereka dan memberi pengalaman baru buat dirinya. - Gambar Astro GEMPAK
Penyanyi Hazama menjelaskan dia tidak pernah mendesak kekasihnya, Genervie Kam, 35, untuk memeluk agama Islam walaupun sudah hampir tiga tahun bercinta.

“Saya tidak pernah memaksa dan tidak suka untuk bercerita perkara yang lebih mendalam mengenai Islam sebab saya pun masih belajar lagi.

“Cuma saya banyak berkongsi cara pemikiran sebagai seorang Islam. Itu sahaja,” jawabnya sewaktu sidang media Hazama The Penglipur Lara di Redbox, The Gardens.

Tambah Hazama lagi, dia sangat bersyukur kerana ahli keluarga Genervie yang sangat terbuka dengan hubungan mereka dan memberi pengalaman baru buat dirinya.

“Keluarga Genervie okay sahaja dan mereka sangat terbuka dengan hubungan kami. Secara tidak langsung saya dapat belajar satu lagi benda baru tentang pemikiran orang bukan Islam dan saya yakin ada hikmah disebaliknya.

“Malah keluarga saya juga tidak pernah memberi tekanan dengan hubungan kami dan perkara ini kami hanya serahkan kepada jodoh sahaja,” ujar Hazama lagi.

Dalam pada itu, Hazama bakal muncul dengan persembahan Solonya yang diberi nama ‘Hazama The Penglipur Lara’ yang akan diadakan di Hard Rock Café, Kuala Lumpur pada 20 Disember ini.

Jelas Hazama dia mempunyai sebab tersendiri memilih bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani untuk menjayakan persembahan solonya kelak.

“Ada sebab mengapa saya pilih Zamani kami mempunyai persamaan yang ramai tidak tahu. Saya hanya akan dedahkan perkara tersebut sewaktu di malam persembahan kelak.

“Saya tidak kisah mengenai kontroversi yang pernah melanda Zamani kerana saya menghargai bakat yang dimilikinya dan berharap peminat yang hadir pada malam persembahan nanti turut merasakan benda yang sama,” jelas Hazama.

Hazama The Penglipur Lara bakal berlangsung pada jam 9 malam dan akan menampilkan 14 buah lagu termasuk duet bersama Zamani Slam.

Teks Oleh: Khalid Rahman

#genervie kam #Hazama #Kekasih
;