Hattan: Artis usah salahkan penganjur

Astro Awani
Februari 22, 2013 16:57 MYT
Masalah kekurangan penganjur untuk konsert artis tempatan bukanlah sesuatu yang baru yang dihadapi para artis.
Bagi Datuk Hattan, artis tidak perlu menuding jari kepada penganjur sebaliknya harus cuba memperbaiki kelemahan diri bagi mengubah keadaan.
Memahami perspektif penganjur, Datuk Hattan faham bahawa pulangan keuntungan adalah penting dalam setiap perniagaan.
“Saya juga membuat perniagaan “event” jadi saya tahu kos untuk menampung acara sebergini, dimana setiap penganjur memerlukan nama yang besar untuk menjayakan acara yang dianjurkan,” kata Hattan.
Tambahnya, sekiranya artis mempunyai kredibiliti yang tinggi, tidak mustahil peminat sanggup membayar harga tinggi untuk menyaksikan persembahan mereka.
“Semua artis seharusnya perlu berusaha untuk tingkatkan kredibiliti diri supaya peminat dan orang di luar sana sanggup membayar dengan mahal sebagaimana acara yang diadakan Anuar Zain,” ujarnya.
Hattan berkata, seharusnya mana-mana artis tidak perlu menyalahkan pihak lain sebaliknya salahkan diri sendiri kerana tidak mampu menarik tumpuan peminat.
Hattan berkata demikian sewaktu ditemui semasa majlis pratonton “Celebration Day Led Zeppelin” di pusat beli belah One Utama.
#Anuar Zain #Datuk Hattan #Led Zeppelin
;