Hati Mat Dan dipikat gadis Melayu

Madiha Abdullah
Mac 13, 2017 00:30 MYT
Majlis pertunangan dan pernikahan berlangsung secara tertutup pada Ahad.
PERSONALITI televisyen berbangsa Inggeris yang cukup dikenali kerana kefasihannya berbahasa Melayu dengan dialek Terengganu, Mat Dan, menamatkan zaman bujangnya pada Ahad.
Majlis berlangsung secara tertutup dan tanpa pengetahuan media, namun ia tetap dapat dihidu apabila gambar-gambar dari majlis berkenaan dikongsi pengguna laman sosial.
Menurut maklumat dari laman sosial, Mat Dan dan pasangannya bertunang di sebelah pagi, sebelum bernikah di sebelah petang.

Sape kenal Mat Dan? Dia dah tunang wey, ngan gadis Melayu pulak tu. Tahniah bro! pic.twitter.com/KMMb846aMj

— Bro III (@Brotiga) March 12, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

congrats matdanpic.twitter.com/L1ry8HyWl7

— kin (@nrsyikn) March 12, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pagi tadi Mat Dan bertunang, petang bernikah, mesti comel anak mereka nanti .. taniah Mat Dan.. #OhMyGanu #Ganu pic.twitter.com/wY3gjlmIh4

— hanifDaslepzz (@hanifDaslepzz) March 12, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Mat Dan dah kahwin la. pic.twitter.com/zAhnx5IRXH

— Hazwan Arif (@HazwanArif) March 12, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kedua-dua majlis dilaporkan berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Bukit Chendering, Terengganu.
Identiti isteri Mat Dan dirahsiakan, bagaimanapun terdapat beberapa sumber memberitahu gadis bertuah itu bertugas sebagai pramugari.
Majlis turut dihadiri ibu bapa Mat Dan, Nicol Tyler dan Kevin Tyler.
Mat Dan, atau nama Islamnya Kareef Danial Abdullah, berasal dari Bristol, United Kingdom, mula menetap di Malaysia sejak 2009.
Dia mendapat perhatian masyarakat Malaysia dengan kebolehannya menguasai dialek Terengganu dengan baik dan pernah menjayakan beberapa program terbitan Astro, antaranya Haramain Backpackers dan Mat Dan Kaki Jalan.
#kahwin #Mat Dan #Melayu #nikah #Pengacara #terengganu #tunang