"Haters kutuk saya sampai berkecai, tapi saya bangun, lekat balik pakai gam" - Nur Sajat
Gempak
Februari 26, 2018 20:17 MYT
Februari 26, 2018 20:17 MYT
USAHAWAN kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Nur Sajat mengakui sudah lali menerima kecaman sesetengah pihak yang tidak menyukai dirinya.
"Kecaman membuatkan saya dah lali. Apa yang saya buat pastinya akan menjadi viral. Saya tak mahu mempedulikan kecaman dah ingin terus maju dalam bidang perniagaan yang saya ceburi.
"Kalau boleh saya gambarkan, kecaman yang saya terima bertubi-tubi dan haters mengutuk saya sampai semuanya berkecai. Apa yang saya boleh buat adalah bangun semula dan lekatkan balik apa yang berkecai menggunakan gam yang kuat," seloroh Sajat.
Menyambut ulang tahun yang ke-33 pada Jumaat lalu, penyanyi lagu Abang Nak Tegur ini mengadakan sebuah majlis kesyukuran.
Meraikan keluarga, teman rapat serta 80 orang anak-anak tahfiz Az Zahra, Pinggiran Subang, majlis tersebut diadakan di Wisma Nur Sajat yang terletak di Shah Alam.
"Sempena hari lahir, saya mahu perniagaan yang dijalankan semakin sukses. Tiada apa yang saya harapkan sempena hari lahir selain menggembirakan hati ibu bapa, bahagia bersama keluarga dan mengembangkan lagi kerjaya," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Sajat bakal muncul dengan single terbaru yang berjudul Makhluk Penggoda tidak lama lagi.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Sajat