Hashtag #MetGala banjiri sosial media

Kohilah Sekaran
Mei 5, 2015 23:12 MYT
Hashtag #MetGala banjiri sosial media.
MALAM Gala Metropolitan (Met Gala 2015) yang muncul dengan tema China: Through the Looking Glass disambut meriah oleh selebriti antarabangsa pada 4 Mei di Muzium Kesenian Metropolitan, New York.
Malam Gala Metropolitan yang dikenali sebagai Costume Institute Gala atau Met Ball adalah gala kutipan dana tahunan bagi manfaat Institut Kostum Muzium Kesenian Metropolitan di New York.
Malam Gala fesyen terbesar ini disambut sebagai pembukaan rasmi pameran fesyen tahunan Institut Kostum tersebut.
Penyanyi terkenal seperti Rihanna, Justin Bieber, Beyonce, Katty Perry dan Madonna tidak melepaskan peluang menghadiri Malam Gala dengan memperagakan pakaian bertemakan "China: Through the Looking Glass."
Bukan sahaja penyanyi, selebriti realiti seperti Kim Kadarshian dan model terkenal, Naomi Campbell turut hadir di Malam Gala Metropolitan 2015.
Berikutan Malam Gala Metropolitan yang berlangsung pada pagi ini (waktu tempatan), laman sosial terutamanya Instagram telah dibanjiri dengan gambar fesyen peragaan mereka dengan hashtag #MetGala.
Nampaknya, Rihanna yang tampil seperti puteri Star Wars dengan gaun kuning yang direka oleh pereka fesyen Chinese Couture, Guo Pei itu berjaya menarik perhatian ramai.

New York Post named Rihanna the best dressed at the 2015 Met Gala. pic.twitter.com/VxeN3e4kgJ

— Kureem (@KareemFenty) May 5, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#hiburan #Malam Gala Metropolitan #Met Ball #Met Gala 2015 #Rihanna #Star Wars
;