Hari keputeraan ke-31, Sultan Johor hadiahkan TMJ jet peribadi

Gempak
Julai 1, 2015 08:40 MYT
Berita tersebut telah dikongsikan TMJ di akaun rasmi Facebook (FB) Johor Southern Tigers pada tengahari semalam. - Foto Facebook TMJ

Tunku Ismail Idris atau lebih dikenali dengan gelaran Tunku Mahkota Johor (TMJ), telah menerima sebuah jet peribadi daripada ayahandanya, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Hadiah istimewa tersebut diterima TMJ pada hari keputeraannya ke-31 yang jatuh pada hari Selasa, 30 Jun.
Berita tersebut telah dikongsikan TMJ di akaun rasmi Facebook (FB) Johor Southern Tigers pada tengahari semalam.
Menerusi foto yang dikongsi tersebut, TMJ turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakannya.
Selain itu, TMJ turut menerima pandangan daripada ayahandanya supaya mengagihkan lembu di setiap daerah untuk berbuka puasa dan bersedekah kepada anak-anak yatim seluruh negeri Johor, sempena hari keputeraannya itu.

#Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. #Sultan Johor #TMJ #Tunku Mahkota Johor