Hari kedua #Lockdown, ramai tonton filem, drama dan 'telemovie' di rumah
Farhana Joni
Jun 2, 2021 18:39 MYT
Jun 2, 2021 18:39 MYT
MEMASUKI hari kedua 'total lockdown' atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 hari ini, pastinya antara aktiviti yang dilakukan rakyat Malaysia ketika berada di rumah adalah menonton televisyen.
Tidak kiralah, sama ada filem, drama mahupun telefilem segalanya kini di hujung jari sahaja untuk ditonton seisi keluarga.
Lebih menarik bermula semalam, Astro telah menawarkan kepada para pelanggannya aplikasi Disney+ Hotstar iaitu lebih daripada 800 filem dan 18,000 episod termasuk filem pecah panggung dan siri-siri Marvel, kandungan kegemaran Disney, Disney+ Originals, filem-filem dan siri drama tempatan serta Asia yang terkenal.
Dalam #DiariLockdown / Hari 2 pada hari ini, beberapa pengguna pelbagai media sosial berkongsi judul-judul filem yang bakal dan sedang ditonton.
Astro dilantik sebagai pengedar rasmi Disney+ Hotstar
Bagi Nik Didi, dia menonton filem Redha di Disney+ Hotstar yang mengisahkan sebuah keluarga yang memiliki anak autistik.
Begitu juga Miho Kohinata yang 'layan' semua filem di aplikasi tersebut.
Pengguna di YouTube, Control room PP1 pula memberitahu akan menonton file The Falcon and the Winter Soldier malam ini.
Ada juga yang berkongsi sinopsis cerita yang ditonton seperti Muhammad Jamil Rozali yang menceritakan serba sedikit mengenai kisah Mandela.
Seorang pengguna Twitter, @PalestinOurLand pula mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya menonton drama Dirilis Ertugral.
Sementara itu, pengguna media sosial lain sekadar berkongsi tajuk-tajuk rancangan yang ditonton.
Walaupun perjalanan untuk kita menghabiskan tempoh 14 hari PKP 3.0 ini masih panjang, namun jangan sesekali kita murung.
Gunakan kemudahan yang ada di sekeliling kita untuk memastikan hari-hari kita penuh bermanfaat dan kekal produktif.
#drama
#telemovie
#filem
#duduk rumah
#televisyen
#PKP 3 0
#perintah kawalan pergerakan
#total lockdown