Harga langganan YouTube Premium naik di Malaysia, kini bermula dari RM12.90 sebulan

Amanz
September 22, 2024 11:40 MYT
Di Malaysia, YouTube Premium pelan individu ditawarkan pada harga RM20.90 sebulan, sementara pelan keluarga pula RM41.90 sebulan untuk dikongsikan bersama lima ahli keluarga. -Amanz
YOUTUBE dilapor meningkatkan harga langganan untuk YouTube Premium di Malaysia.

Ringkasan AI
  • Pelan individu kini RM20.90 sebulan, pelan keluarga RM41.90 sebulan, dan pelan pelajar RM12.90 sebulan.
  • Sebelum ini, pelan individu RM17.90 sebulan, pelan keluarga RM33.90 sebulan, dan pelan pelajar RM10.90 sebulan.
  • Akses tanpa iklan, muat turun dan tonton luar talian, mainkan video di latar, dan akses YouTube Music.

Peningkatan ini dilihat selari dengan peningkatan yang dilakukan oleh YouTube di beberapa buah negara sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Peningkatan harga kali ini turut melibatkan pasaran Singapura.
Di Malaysia, YouTube Premium pelan individu ditawarkan pada harga RM20.90 sebulan, sementara pelan keluarga pula RM41.90 sebulan untuk dikongsikan bersama lima ahli keluarga.
Sebelum ini, pelan individu ditawarkan pada harga RM17.90 sebulan, sementara pelan keluarga pula pada RM33.90 sebulan.
Pelan pelajar juga memperlihatkan peningkatan harga kepada RM12.90 sebulan berbanding RM10.90 sebulan sebelum ini.
Melalui YouTube Premium, para pengguna boleh menikmati akses kepada video tanpa sebarang iklan, kebolehan muat turun dan tonton luar talian, memainkan video pada latar ketika menggunakan aplikasi lain, dan juga akses kepada YouTube Music.
Bagi anda yang sedia melanggan YouTube Premium, apakah pendapat anda berkenaan peningkatan harga ini? -Amanz
#YouTube #harga langganan #pelan individu #pelan keluarga #pelan pelajar
;