Happy Birthday... Ainul Mardhiah sambut ulang tahun pertama hari ini!
Gempak
Ogos 13, 2019 14:48 MYT
Ogos 13, 2019 14:48 MYT
BAYI yang selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di dalam mulutnya, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin menyambut ulang tahun pertamanya hari ini.
Menerusi laman sosial Facebook, bapa Ainul, Ahmad Safiuddin memuat naik video terbaru anaknya beserta satu ucapan selamat ulang tahun.
“Alhamdulillah. Cukup usia Ainul Mardhiah setahun. Semoga Allah SWT merahmati dan melindungimu anak.
"Semoga jadi anak yang solehah, hamba yang taat dan menjadi insan yang bermanfaat kepada orang lain,” luah Safiuddin menerusi ruangan kapsyen.
Dalam video berdurasi 11 saat itu, menunjukkan Ainul memegang belon yang tertera ucapan ‘Happy birthday princess’.
“Walid dengan mama sayang Ainul,” tulis Safiuddin lagi di hujung ucapan.
Perkongsian yang dibuat tiga jam lalu turut dihujani dengan ucapan ulang tahun dan doa daripada netizen.
“Ya Allah.. Syukur Alhamdulillah..hari ni genap setahun umur Ainul Mardhiah... Kau berilah kesihatan dan keceriaan hidup yang berpanjangan untuknya dan jadikan Ainul anak yang solehah penyejuk hati mama & walidnya sentiasa.. Amin,” doa seorang netizen.
“Sanah helwah Ainul Mardhiah semoga Allah limpahkan segala rezeki untuk Ainul dan dipermudahkan segala urusan Ainul baik di dunia mahupun akhirat. Ainul anak solehah semoga selalu dalam lindungan Allah," ucap seorang netizen pula.
“Pandainya Ainul pegang belon. Happy birthday!” puji seorang netizen lagi.
Ainul Mardhiah selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di sebuah hospital di London.
Sejumlah 200 gram ketumbuhan berjaya dikeluarkan daripada mulutnya oleh sekumpulan doktor pakar pelbagai bidang bersama pelatih pakar bedah Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri.
#Ahmad Safiuddin
#Ainul Mardhiah
#amalina che bakri
#bayi
#Happy birthday
#harijadi
#kesihatan
#laman sosial
#London
#Malaysia
#ulang tahun pertama