Hans Issac mahu berkahwin sebelum 45

Astro Awani
Februari 24, 2013 09:27 MYT
Hans Isaac pernah menyatakan mahu berkahwin pada usia 45 tahun. Bagaimanapun, jejaka ini mengakui mungkin akan berkahwin awal tetapi enggan mengulas jika gadis pilihannya ialah Neelofa.
Mengakui mempunyai hubungan baik dengan ibu Neelofa, Hans yang berusia 41 tahun masih belum bersedia untuk membuka mulut tentang hubungan mereka.
Sibuk menguruskan syarikat Tall Order Productions, bagaimanapun Hans mengakui sudah bersedia untuk bergelar suami.
Hans mula akrab dengan Neelofa selepas aktres itu membintangi filem arahannya, "Lemak Kampung Santan". Filem itu dijadualkan tayangan tahun ini.
#filem #Hans Issac #Neelofa