Hamil 8 Bulan, Jihan Belum Beli Barang Baby Lagi
Gempak
Disember 13, 2017 14:00 MYT
Disember 13, 2017 14:00 MYT
PENGACARA dan pelawak, Jihan Muse akui belum membuat sebarang persiapan untuk menyambut kelahiran bayi sulungnya meskipun kandungannya sudah mencecah lapan bulan.
Jihan berkata dia tidak mahu melakukan persiapan terlalu awal atau berlebihan dalam berbelanja barangan bayi.
"Kami tak buat apa-apa persiapan langsung untuk menyambut kelahiran bayi, mungkin bila dah tahu jantina bayi ni esok baru kita fikir nak beli apa.
"Sebenarnya kami tak mahu terlalu beriya dalam membuat persiapan bayi dan biarlah ia 'go with the flow'.
"Biasa hujung-hujung ni baru seronok buat persiapan.
"Jangan risau, selepas ini kami akan mula membuat persiapan sedikit demi sedikit," katanya kepada Astro Gempak.
Pengacara Gegar Vaganza itu dijangka melahirkan bayi lelakinya pada Januari ini.
Sementara itu, suaminya Ungku Hariz memberitahu mereka sudah menerima hadiah daripada peniaga 'online' dan mengalu-alukan penaja lain.
"Kalau ikutkan saya ni seorang yang panik dan saya mahu segala persiapan dilakukan lebih awal.
"Saya mahu mula beli barang bayi tapi bimbang Jihan pula tak suka dan takut membazir.
"Tapi kami berterima kasih kepada peniaga-peniaga online yang sudah mula memberikan hadiah bayi dan kami mengalu-alukan penaja yang ingin menaja," katanya lagi.
Jihan muncul vlog Hi Mommy Jihan! yang mula ditayangkan terlebih dahulu di YouTube MeleTOP pada setiap hari Khamis dan Jumaat mulai 7 Disember lalu.
Selain itu, program tersebut juga boleh ditonton pada setiap hari Isnin dan Selasa sejak 11 Disember lalu jam 10.55 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123)
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#anak sulung
#Asto Ria
#baju bayi
#bayi lelaki
#Gegar Vaganza
#Hi Mommy Jihan
#Jihan Muse
#Pengacara
#Persiapan Bersalin
#Selebiriti
#Ungku Hariz
#YouTube MeleTOP