Halloween: Kostum, topeng pembunuh dan awet 17 lelaki Jeffrey Dahmer dilarang dijual
Gempak
Oktober 26, 2022 12:18 MYT
Oktober 26, 2022 12:18 MYT
DRAMA berdasarkan pembunuh bersiri Dahmer - Monster: The Jeffrey Dahmer Story yang ditayangkan Netflix ternyata meninggalkan impak tersendiri dalam kalangan penonton, pengkritik sehingga penggemarnya.
Lantaran itu, menjelang sambutan Halloween yang biasanya disambut pada akhir Oktober, pihak berkuasa Amerika Syarikat mengharamkan penjualan kostum atau barangan berkaitan Dahmer untuk perayaan tersebut.
CNN melaporkan, kostum dengan tema pembunuh bersiri Dahmer dilarang dijual termasuk di platform jual beli online eBay dan eBay dikhabarkan telah ‘membuang’ sebuah barangan berkaitan dengan pembunuh kejam itu.
Platform jual beli online itu menerusi keterangannya juga mengatakan mereka dilarang menjual produk yang ‘mempromosikan atau mengagungkan jenayah terhadap manusia atau haiwan’.
Itu termasuklah jenayah seperti pemerkosaan, seksaan, kamar mayat, mayat atau bahagian tubuh orang mati.
Selain kostum, topeng aktor Evan Peters yang memainkan peranan Dahmer dalam siri tersebut juga dilarang dijual.
Dahmer - Monster: The Jeffrey Dahmer Story menceritakan tentang cara Dahmer (Evan Peters) membunuh dan mengawetkan sekitar 17 lelaki yang menjadi mangsanya dalam jeda tahun dari 1978 dan 1991. -- Gempak