Hairul Azreen beri RM91,019 sebagai hantaran kepada Hanis Zalikha

Gempak
Jun 5, 2015 19:35 MYT
Pada majlis pernikahan itu, Hairul menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 dan sebentuk cincin manakala wang hantarannya sebanyak RM91, 019.90 kepada isterinya. - Foto Astro Gempak

Pengacara dan pelakon Hanis Zalikha sah bergelar isteri kepada Hairul Azreen dengan sekali lafaz kira-kira jam 3.50 petang Jumaat.

Majlis akad nikah berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Bukit Jelutong dan pasangan pelakon tersebut dinikahkan bapa Hanis, Zainal Rashid Mohd Zain serta disaksikan imam kedua Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Mohd Syuhud Razali.
Pada majlis pernikahan itu, Hairul menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 dan sebentuk cincin manakala wang hantarannya sebanyak RM91, 019.90 kepada isterinya.
Hanis turut menerima sebelas dulang hantaran dibalas sebelas oleh Hairul.
Pengantin perempuan menitiskan air mata sebaik sahaja sah bergelar isteri kepada Hairul dan bersyukur kerana majlis berjalan lancar dan dipermudahkan.
"Alhamdulilah akhirnya kami sah bergelar suami isteri dan segalanya berjalan dengan lancar," katanya.
Seramai 200 tetamu hadir yang terdiri dari keluarga kedua-dua belah pengantin, sahabat handai dan wakil media untuk menyaksikan detik bersejarah Hanis dan Hairul.
Antara rakan artis yang kelihatan pada majlis terbut ialah Yasmin Hani, Datin Nina Jurin, Diana Danielle, Sari Yanti, Dafi dan Zoey.

#Hairul Azreen #Hanis Zalikha #kahwin #pelakon #Pengacara
;