Hailey Baldwin bengang Justin Bieber asyik nak berkepit

Agensi
Oktober 28, 2018 06:43 MYT
Bieber dan Baldwin berkahwin dalam satu majlis yang dilangsungkan secara rahsia 14 September lalu. Instagram Justin Bieber
KEBIASAANNYA, pasangan pengantin baru akan bercuti untuk berbulan madu dan menghabiskan masa bersama. Tempohnya bergantung kepada pasangan itu, kebiasaannya tidak lebih dari seminggu.
Lain pula kisahnya dengan pasangan Justin Bieber dan Hailey Baldwin. Portal Daily Mail melaporkan Baldwin sudah hilang sabar dengan sikap Bieber yang masih belum mahu kembali bertugas selepas berkahwin, September lalu.
Sumber yang rapat dengan pasangan itu memaklumkan, Baldwin cukup bersemangat untuk bekerja selepas bergelar isteri, apatah lagi selepas terpilih mewakili beberapa jenama fesyen terkemuka seperti Adidas dan Tommy Hilfiger.
"Baldwin menganggap projek-projek baharu itu sebagai tuahnya selepas berkahwin. Namun sikap Bieber yang masih mahu berkepit dan enggan kembali bekerja membuatkan Baldwin rimas," kata sumber itu.
Sumber itu juga menambah, Bieber sebenarnya sengaja berlengah-lengah kerana menganggap dia sudah punya wang yang cukup.
"Bieber memberitahu dia mahu mengambil peluang ini untuk bermanja dengan isterinya. Tetapi hakikatnya, dia sudah bosan bekerja dan merasakan dia sudah punya harta yang cukup untuk menyara hidup mereka," ujar sumber itu lagi.
Media antarabangsa sebelum ini melaporkan Bieber, 24 tahun, dan Baldwin, 21 tahun, berkahwin dalam satu majlis yang dilangsungkan secara rahsia, 14 September lalu.
BACA: Justin Bieber menangis hadapan Hailey Baldwin... Akhirnya peminat tahu punca
BACA: Selena Gomez jalani rawatan mental, ini reaksi Justin Bieber ...
#adidas #artis #berkahwin #Hailey Baldwin #isteri #Justin Bieber #penyanyi #suami #Tommy Hilfiger
;