Hafiz Suip enggan jadi hipokrit, nafi kurus sebab ambil barang terlarang

Gempak
Ogos 4, 2024 04:20 MYT
Tidak pernah mengambil barangan terlarang, Hafiz berkata dia juga ada memasuki kelas tinju sejak dua bulan lalu. -Gempak
DILIHAT semakin kurus, penyanyi Hafiz Suip memberitahu dia sememangnya sedang menjaga kesihatan disebabkan berdepan dengan masalah slipped disc sejak 2016.
Tidak pernah mengambil barang terlarang, Hafiz yang kini menetap di Kuching, Sarawak berkata dia juga ada memasuki kelas tinju sejak dua bulan lalu.
Badan kurus
Korang nampak saya kurus bukan sebab saya hisap batu, bukan hisap dadah dan benda-benda yang korang tuduh itu.
“Saya menjaga kesihatan, saya pergi gim, saya masuk kelas boxing… dah dua bulan. Bukan sebab saya nak bergaduh, tapi sebab untuk fitness saya, kesihatan diri.
“Itulah sebab kenapa saya kurus… satu lagi sebab slipped disc yang semua orang pun tahu… sejak 2016 saya hadapi masalah itu,” kata Hafiz kepada Gempak.
Tiada lagi Instagram dan kini beralih ke TikTok, Hafiz mengakui banyak perbezaan komen netizen di setiap platform yang menyebabkan dia memilih untuk tidak lagi bersikap hipokrit.
“Bagi saya, amat ketara komen netizen di TikTok dan IG. Saya dah malas nak hipokrit depan orang… kalau netizen boleh macam itu, saya pun boleh macam itu juga.
“Tak adanya netizen saja boleh, kita tak boleh sebab kita artis. There’s no such thing! Saya juga manusia… saya juga ada perasaan, saya ada juga geram nak menaip tu.
“Saya pun netizen juga. Kalau kata awak netizen, saya pun netizen juga. Saya hanya nak jadi diri sendiri, biarlah orang nak kata apa,” ujarnya.
Mengakui dirinya banyak berpura-pura sepanjang bergelar artis, Hafiz bagaimanapun berkata ada ya telefon bimbit yang membuatkan netizen kini lebih berani mengeluarkan kata-kata negatif dan kecaman.
“Memang saya akui, sepanjang jadi artis… saya banyak hipokrit, saya banyak bermuka-muka depan orang, sebab fikir kita artis kan. Artis pun manusia juga.
"Dulu masa zaman tak ada kecaman, okey saja. Cuma nowadays saja bila ada telefon ini… itu yang menyebabkan diorang rasa kuat, padahal mereka juga makhluk macam kita.
"Saya rasa macam penat, sebab itu saya hanya tarik break sekejap,” ujarnya lagi.
Terdahulu, perkongsian Hafiz Suip di akaun TikTok miliknya memperlihatkan dia sedang melakukan senaman mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Menerusi perkongsian itu juga, Hafiz memberi amaran kepada mana-mana pihak yang menuduhnya mengambil barangan terlarang gara-gara dirinya kelihatan kurus. -Gempak
#Hafiz Suip #nafi ambil barang terlarang #badan kurus #hipokrit