Hafidz Roshdi nafi kahwini Athira Yuhada, baru fasa berkawan
Gempak
Julai 27, 2023 16:14 MYT
Julai 27, 2023 16:14 MYT
PELAKON Hafidz Roshdi menafikan sudah berkahwin dengan wanita yang dikaitkan dengannya sebelum bercerai, Athira Yuhada.
Hafidz berkata kepada Astro Gempak, dia turut menafikan dakwaan ingin mengumumkan sesuatu berkaitan hubungannya dengan wanita itu.
“Saya belum berkahwin lagi. Relaks dulu. Nanti kalau ada saya umumkan.
"Pengakuan untuk dia (Athira) saya akan buat selepas bercerai. Tiada komen. Itu di bawah perbincangan nantilah,” katanya.
Hafidz ditemui selepas proses pengesahan lafaz cerai yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam pada Khamis.
Hafidz turut memaklumkan tiada perancangan untuk berkahwin dengan Athira Yuhada dalam masa terdekat.
“Saya tiada apa-apa persediaan dan persiapan ke arah itu (perkahwinan).
“Saya tidak cakap untuk umumkan sesuatu pun,” beritahunya.
Malah Hafidz akui hanya berkawan dengan Athirah.
“Belum ada apa-apa. Kami hanya berkawan,” jawabnya ringkas.
Sebelum ini, aktor itu berjanji akan membuat pengesahan berhubung status hubungan dan sebarang perancangan perkahwinan dengan wanita bernama Athira Yuhada semasa hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu Jun lalu. -- Gempak