Hadir Minggu Fesyen Paris, Jimin 'lepak' bersama David Beckham, Robert Pattinson
Faida Rahim
Januari 22, 2023 16:25 MYT
Januari 22, 2023 16:25 MYT
KEHADIRAN anggota kumpulan BTS Jimin dan J-Hope di Minggu Fesyen Paris 2023 menarik perhatian jurukamera dan tetamu yang hadir pada acara itu, baru-baru ini.
Memetik laporan Soompi, Jimin yang baru sahaja diumumkan sebagai duta global Dior, bersama J-Hope hadir ke acara pertunjukan Louis Vuitton musim luruh 2023.
Kedua-dua anggota BTS itu duduk bersebelahan, tersenyum dan sentiasa bersedia bergambar di hadapan kamera.
Dalam pada itu, Jimin turut berkongsi beberapa foto dari pertunjukan fesyen mewah itu.
Menerusi Instagramnya, Jimin memuat naik beberapa keping gambar bersama pelakon terkenal Robert Pattinson, David Beckham dan anaknya Cruz serta pengarah artistik Dior lelaki, Kim Jones.
Salah seorang peminat menulis, “Jimin dan Robert Pattinson bertemu, bermaksud Robert tahu dia seorang pemuzik yang baik dan akan membawa Jimin dalam runut bunyi filem batman kedua dan…”
Sementara itu, Jimin memaklumkan di Weverse, sebuah platform komuniti K-pop, “Semua orang tidak percaya saya katakan telah menghadiri minggu fesyen Paris. Ia merupakan pengalaman pertama yang baharu dan amat bermakna buat saya, dan saya dapat menerima semuanya tanpa rasa gementar kerana saya datang bersama Hoseok (J-Hope), ” katanya.