PESERTA Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Fuad Rahman berasa sebak sehingga mengalir air mata ketika menyampaikan lagu Layang-Layang Terputus Talinya pada konsert minggu keempat yang berlangsung di MBSA, Shah Alam pada malam Ahad.
Lagu nyanyian asal Alleycat itu membuatkan Fuad terkenang kisah silamnya yang pernah menjalani hukuman penjara sebanyak tiga kali atas kesalahan mengambil dadah.
Menurut Fuad, dia mengambil keputusan untuk keluar dari dunia gelap itu selepas ibunya yang berusia 81 tahun datang melawat ke penjara di Singapura.
“Masa itu mak saya datang melawat ke dalam, sebelum ini tak boleh melawat, hanya dapat tengok gambar saja, bila waktu itu dapat tengok muka mak saya, hati saya mula tersedar.
“Mak saya pun dah 81 tahun, saya nampak kawan-kawan saya ibu bapa mereka juga datang melawat, tu yang buat saya rasa sedih, dah cakap pada diri saya ‘enough is enough’. Saya kena keluar dari zon tu,” kata Fuad kepada Gempak.
Sementara itu, Fuad yang berasal dari Singapura memberitahu kehidupannya berubah menjadi lebih baik selepas dia menjaga hubungannya dengan Allah.
“Saya solat, macam mana ada problem pun, saya akan ingat Allah, tu yang buat saya lupa dengan benda-benda lama,” ujarnya lagi.
GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama.
Sidang media ‘GV9’ turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur. Selain itu, penganjuran ‘GV9’ juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu. - Gempak
Gempak
Sun Oct 09 2022
Fuad terkenang kisah silamnya yang pernah menjalani hukuman penjara sebanyak tiga kali atas kesalahan mengambil dadah. - Gambar/ Gempak
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Beralah! Cham, Adeep, Hakim dan Fakhiz takkan guna nama V.E
Tidak menggunakan nama kumpulan V.E lagi bukan bermaksud Cham, Adeep Nahar, Hakim dan Fakhiz akan berpecah dan membawa haluan masing-masing.
"Dia nak tebus balik silap" - Tom terbuka hati terima kembali Fuad Rahman
Bintang Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Tom bersedia untuk kembali mengenali bekas teman lelakinya, penyanyi kelahiran Singapura, Fuad Rahman.
GV9: Menang RM100,000, ini yang Jaclyn Victor rancang dengan anak-anak
Sebagai ibu tunggal, Jac harus utamakan masa depan dua orang anaknya.
Jaclyn Victor muncul juara Gegar Vaganza 9
Jaclyn Victor mengalahkan lima peserta yang lain dengan muncul juara Gegar Vaganza 9 (GV9) membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000.
GV9: Dina, Fuad tersingkir di minggu separuh akhir
Dina menyampaikan lagu Bukan Dia Tapi Aku nyanyian asal Judika manakala Fuad pula mendendangkan Di Alam Fana Cintamu nyanyian asal kumpulan Fotograf.
GV9: Asheed Def Gab C tersingkir minggu kesembilan
Perjalanan peserta Asheed Def Gab C terhenti di konsert minggu kesembilan Gegar Vaganza musim ke Sembilan (GV9), malam tadi.
GV9: Dina hampir tarik diri, sokongan orang tersayang suntik semangat
Persembahan pada minggu ketujuh dianggap terlalu istimewa buat Dina.
GV9: Tom tersingkir pada hari ulang tahun ke-35
Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9), Tom tersingkir pada konsert minggu ke tujuh yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.
GV9: Ikut etika, jangan main siar di media sosial anda!
Hukuman penjara atau denda RM250,000 atau kedua-duanya sekali boleh menanti pesalah cetak rompak.
GV9: Hilang fokus sewaktu rehearsal, Tok Ram 'marah' Dina Nadzir; 'Saya jerit, kenapa nyanyi teruk'
Dia memarahi Dina sebelum dimaklumkan bahawa penyanyi itu sebenarnya sedang berdepan situasi getir mengenai berita ayahnya.