GV9: Ikut etika, jangan main siar di media sosial anda!

Syahdeen Tahir
Oktober 30, 2022 16:08 MYT
Astro gesa orang ramai dan pihak yang berkaitan agar tidak melakukan aktiviti berkaitan mengedar, berkongsi aplikasi, laman web dan pautan berkaitan program itu.
KUALA LUMPUR: Setiap hari Ahad malam, seluruh tumpuan peminat muzik dan pencinta seni tanah air tentu sekali akan terarah pada program hiburan popular, Gegar Vaganza (GV) terbitan Astro.
Memasuki musim kesembilan penerbitannya, Gegar Vaganza 9 ternyata merentasi segenap rakyat Malaysia yang menjadikannya sebagai program tontonan keluarga.
Lantaran program yang menampilkan artis-artis ternama beradu suara setiap minggu sambil diadili oleh Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat itu menjadi tumpuan khalayak, maka popularitinya juga turut menerima tempias sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak.
Gegar Vaganza 9 antara yang tidak ketinggalan terhimpit dengan jenayah cetak rompak.
Dalam usaha mengekang kejadian ini daripada berleluasa, Astro menggesa orang ramai dan pihak yang berkaitan agar tidak melakukan aktiviti berkaitan mengedar, berkongsi aplikasi, laman web dan pautan berkaitan program itu.
Ini kerana tindakan seumpama itu merupakan sebahagian aktiviti cetak rompak yang menyalahi undang-undang sedia ada.
Jika didapati bersalah, anda boleh dihukum penjara, atau denda berjumlah RM250,000 atau kedua-duanya sekali.
Oleh itu, mereka yang mempunyai niat sedemikian perlu berwaspada kerana pihak Astro akan memantau hal tersebut dari masa ke masa.
Dalam masa sama, untuk memudahkan urusan anda, apa kata anda layan Gegar Vaganza 9 tanpa mencuri hak cipta setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria atau strim di Astro G.
Selain ini anda boleh dapatkan Pek Premium 1 Astro, hanya RM99.99 (untuk 6 bulan).
WhatsApp "Nak Astro" ke 03-9543 3838 dan dapatkan sekarang.
#GV9 #Gegar Vaganza 9 #Cetak rompak #Datuk Ramli MS
;