GV9: Haida Hasnan peserta kedua tersingkir
Astro Awani
Oktober 2, 2022 00:13 MYT
Oktober 2, 2022 00:13 MYT
KUALA LUMPUR: Penyanyi Haida Hasnan menjadi peserta kedua yang tersingkir daripada program Gegar Vaganza 9 (GV9) selepas beraksi pada konsert minggu ketiga di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Ahad malam.
Menyanyikan lagu Nang yang dipopularkan oleh Iman Troye, Haida menerima markah terendah iaitu 53.4 peratus.
"Saya hanya ada tiga hari dan saya berusaha untuk sampaikan lagu ini, apa sahaja yang berlaku saya terima dengan reda.
"Netizen yang pilih lagu ini dan saya sudah cuba setakat yang termampu," kata Haida.
Shila Amzah yang membawakan lagu Secangkir Madu Merah, menjadi peserta pertama menerima anugerah Bintang Memukau Adabi apabila mendapat tertinggi iaitu 78.8 peratus.
Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Nabil Ahmad, GV9 bersiaran secara langsung selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9 malam.
GV9 turut menampilkan Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap.