GV8: Juri 'istiqamah' bersama Aliff Aziz, kekalkan kedudukan nombor 1 anak Singapura
Astro Awani
November 28, 2021 23:54 MYT
November 28, 2021 23:54 MYT
KUALA LUMPUR: Penyanyi sensasi lagi kontroversi asal Singapura, Aliff Aziz muncul sebagai peserta dengan markah tertinggi dalam konsert minggu kedua Gegar Vaganza musim kelapan yang disiarkan secara langsung menerusi siaran Astro Ria.
Beliau yang turut mendedahkan pernah bekerja sebagai "bouncer" semasa siaran GV8 itu tampil hebat menerusi lagu yang pernah dipopularkan band asal Indonesia, Padi "Kasih Tak Sampai".
Bukan sahaja mendapat tepukan gemuruh, persembahan itu juga disifatkan sebagai Ketua Juri GV8 Datuk Ramli MS sebagai 'dinamik'.
Abang kepada penyanyi Aisyah Aziz yang pernah menempa nama menerusi francais Akademi Fantasia itu juga bakal membawakan lagu 'Kasihnya Laila' yang pernah dipopularkan Jinbara pada minggu depan.
Minggu depan juga bakal menyaksikan penyanyi berkaliber Adibah Noor bakal mempersembahkan "All I Ask" yang dipopularkan oleh penyanyi Inggeris asal United Kingdom, Adele.
Minggu kedua GV8 juga menyaksikan tiada penyingkiran.