GV8: Fazley Yaakob peserta kedua tersingkir

Madiha Abdullah
Disember 12, 2021 00:00 MYT
Fazley yang menyanyikan lagu dendangan asal Datuk Hattan, Mahligai Syahdu, memperoleh markah terendah iaitu 50 peratus. - Instagram/ Gegar Vaganza Official
KUALA LUMPUR: Datuk Fazley Yaakob menjadi peserta kedua tersingkir dari program Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) yang berlangsung pada Ahad malam.
Pada minggu keempat bertemakan Berdiri Bulu Romaku, Fazley yang menyanyikan lagu dendangan asal Datuk Hattan, Mahligai Syahdu, memperoleh markah terendah iaitu 50 peratus.
Adibah Noor yang menyanyikan lagu Jika pula muncul peserta dengan markah tertinggi iaitu 78.1 peratus.
Terdahulu, di awal konsert Shidee diumumkan sebagai pemenang Anugerah Betul-Betul Luar Biasa Digi manakala Bintang Cuckoo Paling Gempak pula dimenangi Saiful Apek dan Yasin (SAYA), buat kali ketiga berturut-turut.
Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9 malam.
GV8 turut menampilkan Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap.
GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang.
Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza.
#Gegar Vaganza #Fazley Yaakob #peserta #GV8
;