GV5 Akhir: Dia Fadila, Noryn Aziz lepas geram dalam battle 'Where Is The Love?'

Astro Awani
November 18, 2018 22:47 MYT
Aksi Dia (kiri) dan Noryn ketika menyampaikan lagu 'Where Is The Love?' memikat hati juri dan penonton. - Astro AWANI
Para penonton program Gegar Vaganza 5 peringkat akhir pada Ahad malam, baik yang menyaksikan di Auditorium MBSA mahupun mereka yang di depan televisyen di rumah, dikejutkan dengan aksi dua peserta wanita, Dia Fadila dan Noryn Aziz yang menyanyikan lagu Where Is The Love?
Lagu dendangan asal kumpulan Black Eyed Peas yang pernah diangkat sebagai anthem sedunia pada tahun 2003 itu sememangnya mencabar kerana terdapat banyak baris lirik yang perlu dinyanyikan secara rap.
Meskipun ada sesetengah pihak yang pada awalnya meragui kemampuan Dia dan Noryn untuk membawakan lagu tersebut dalam pusingan battle, semua kegusaran itu terjawab apabila kedua-dua wanita itu begitu bertenaga menyahut cabaran!
Penerima anugerah Artis Pilihan Asia Tenggara di MTV Europe Music Awards 2018, Joe Flizzow, yang menjadi juri jemputan dalam finale GV5 turut memberikan standing ovation sekali gus memuji kedua-dua penyanyi wanita itu, yang berjaya menyampaikan bait-bait lirik dengan sebutan yang tepat serta jelas.
Berikut adalah persembahan mereka yang menerima tepukan gemuruh penonton:
#battle #Dia Fadila #Gegar Vaganza 5 #GV5 #Noryn Aziz #where is the love
;