GV4: "Aishah memang dia legend. Suara power. Selayak juara"
Nursyazwani Saiful Sham
Disember 18, 2017 09:28 MYT
Disember 18, 2017 09:28 MYT
Penyanyi Aishah yang terkenal dengan lagu Janji Manis Mu menepati jolokan ‘The Living Legend’ yang dilemparkan kepadanya apabila menepati ramalan ramai saat dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza 4 (GV4).
Gelaran 'The Living Legend' dilihat cocok buat penyanyi 90-an itu kerana ramai yang melihat bakat nyanyiannya berterusan dari dahulu sehingga kini dan berjaya memukau penonton di studio, para juri dan penonton di rumah dalam pentas akhir GV4 malam tadi.
BACA: Aishah juara GV 4
Netizen turut meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah atas kemenangan yang layak dijuarainya melalui laman media sosial seperti Facebook dan Twitter.
“Memang dia legend. Suara power. Selayak juara,” kata @PAKDIN80 menerusi ruang komen di Twitter.
Pelantun lagu Camar Yang Hilang itu berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan trofi.
Selain itu, Aishah itu turut membawa pulang sebidang lot tanah banglo, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas dan baucer membeli belah.
Tempat kedua pula, dimenangi oleh Liza Hanim yang menerima wang tunai sebanyak RM50,000 manakala Lan Solo di tempat ketiga dengan membawa wang tunai RM30,000.
Sementara tempat keempat dimenangi oleh Hazami (RM20,000), tempat kelima dimenangi Firman (RM15,000) dan tempat akhir dimenangi Tia Jinbara (RM10,000).