GV10: "Maaf sentiasa di bibirnya" - Elly Mazlein dedah sikap sebenar Azharina

Gempak
Oktober 10, 2023 15:15 MYT
Elly menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya menyatakan bahawa Azharina merupakan seorang penyanyi yang sangat berdedikasi terhadap kerjanya. - Foto Gempak
PENGACARA All Stars Gegar Vaganza (GV10), Elly Mazlein mendedahkan sikap sebenar Azharina yang merupakan bintang program berkenaan.
Elly menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya menyatakan bahawa Azharina merupakan seorang penyanyi yang sangat berdedikasi terhadap kerjanya.
“Dia yang bernama Azharina… Setiap kerjanya dia akan pastikan buat yang terpaling baik. Sentiasa fokus dalam bekerja. Sentiasa positif, maaf sentiasa di bibirnya,” coretnya.
Dalam pada itu, Elly juga turut memberikan kata-kata sokongan dan semangat buat Azharina.
“Semangat terus wahai sahabat, saya dan penyokong mu sentiasa bersama mu. Love you juara GV3.
“Jom kesayangan Kak Lina kita bagi kata semangat untuk Nina, terima kasih,” tulisnya.
Terdahulu, Azharina telah mempelajari lagu keroncong bersama dengan empat orang guru sebagai inisiatif untuk memberikan persembahan terbaik minggu ini.
Dua orang guru tersebut adalah Datuk Azizul Khamis dan Cikgu Shafi. Manakala dua lagi nama dirahsiakan sebagai tanda menghormati permintaan mereka untuk tidak mendedahkan identiti.
Namun keadaan sedikit tegang apabila juri memberikan sedikit komen agak pedas untuk Azharina yang membawakan lagu berjudul Sayang Di Sayang.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak
#All Stars Gegar Vaganza #GV10 #Elly Mazlein #Azharina
;