GV10 kembali dihoskan Nabil dan Jihan.. "Terima kasih, Kak Kepom"
Gempak
Oktober 15, 2023 21:40 MYT
Oktober 15, 2023 21:40 MYT
ALL Stars Gegar Vaganza (ASGV) minggu keempat menyaksikan hanya Nabil dan Jihan mengemudi program realiti hangat tersebut selepas seorang lagi hos, Elly Mazlein mengundur diri.
Elly atau terkenal dengan nama pentas Kak Lina atau Kepom membuat keputusan mengundurkan diri daripada mengacarakan ASGV selepas selesai minggu ketiga.
Meski sempat disifatkan sebagai gimik, namun ketiadaan Elly menjadi hos bersama Nabil dan Jihan pada konsert malam tadi membuktikan pengacara popular tersebut memang bukan lagi hos ASGV.
Nabil dan Jihan juga sempat mengucapkan terima kasih di atas pembabitan Elly selama tiga minggu.
“Terima kasih Kak Lina telah bersama Gegar Vaganza selama tiga minggu. Kami doakan yang terbaik buat anda,” ujar Nabil dan Jihan saat membuka tirai ASGV minggu keempat.
GV dikendalikan oleh Nabil dan Jihan sejak musim pertama iaitu pada tahun 2014. Jihan kemudian berehat pada musim kesembilan kerana berehat selepas melahirkan anak kedua.
Tempat Jihan kemudian diisi oleh Elly pada musim kesembilan menjadikan GV pertama kali dihoskan seramai tiga orang pada musim ke-10.
Juara tahun ini akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM200,000 beserta trofi dan akan berentap di pentas akhir yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse serta Elly Mazlein dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
* Artikel asal di Gempak.com