GV10: Kak Lina undur diri, Nabil Ahmad 'speechless'
Gempak
Oktober 11, 2023 16:16 MYT
Oktober 11, 2023 16:16 MYT
PENGACARA Nabil Ahmad mengakui dia juga berasa terkejut apabila mengetahui keputusan rakan setugasnya iaitu Elly Mazlein mengundur diri daripada mengacarakan All Stars Gegar Vaganza.
Nabil berkata dia hanya mengetahui perkara itu selepas membaca artikel menerusi Instagram dan agak sedih dengan keputusan yang dibuat Elly atau mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom.
“Saya pun baru saja tahu bila tengok Instagram ada berita fasal Kak Lina undur diri… katanya sebab peribadi. Saya sendiri tak tahu apa-apa… jadi tak tahu nak komen apa, tak terkata.
“Dia pun tak ada hubungi saya atau berkata apa-apa mengenai keputusan itu. Minggu lalu kami bekerja pun macam biasa saja. Bila dapat tahu berita ini, tertanya-tanya juga… macam mana ini kan.
“Agak sedih bila tahu sebab yalah tahun lalu kami sama-sama hos dan tahun ini baru tiga minggu bekerjasama. Mungkin Sabtu ini baharu pihak produksi kongsi cerita,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Pada Rabu, Astro dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, keputusan Kak Lina tidak lagi bersama keluarga besar Gegar Vaganza adalah disebabkan hal peribadi.
Dalam kenyataan sama, Kak Lina turut mengemukakan permohonan maaf kerana tidak dapat meneruskan tugasnya mengacara All Stars Gegar Vaganza di samping Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
All Stars Gegar Vaganza akan terus dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse serta barisan juri profesional dan bintang-bintang yang bertanding.
Teruskan sokongan anda terhadap artis-artis yang terlibat dalam All Stars Gegar Vaganza.
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak