Grammy 2013: 6 artis bersaing rapat
Associated Press
Disember 6, 2012 19:21 MYT
Disember 6, 2012 19:21 MYT
Pencalonan anugerah Grammy 2013 menyaksikan enam penyanyi dan pemuzik bersaing rapat menerusi enam pencalonan.
Meraih enam pencalonan ialah Jay-Z, Kanye West, Frank Ocean, Fun., Mumford and Sons dan anggota The Black Keys, Dan Auerbach.
Mengekori di belakang ialah kumpulan The Black Keys dengan lima pencalonan.
Bersaing dalam kategori Song of the Year ialah Ed Sheeran untuk "The A Team", Miguel Pimentel (Aadorn"), Carly Rae Jepsen ("Call Me Maybe"), Kelly Clarkson ("Stronger - what doesn't kill you”)" dan Fun. ("We Are Young").
Taylor Swift dan LL Cool J bertindak selaku hos di "Grammy Nominations Concert Live!" yang berlangsung di Nashville.
Swift dicalonkan dalam kategori Record of the Year untuk "We are never ever getting back together".
Anugerah Grammy ke-55 bakal berlangsung pada 5 Februari 2013 di Staples Center, Los Angeles.