Gosip cinta Ariff Bahran dan Sarah Suhairi buat Sissy Imann patah hati?
Gempak
Januari 14, 2019 20:13 MYT
Januari 14, 2019 20:13 MYT
KETIKA program realiti Big Stage berlangsung tahun lalu, penyanyi Ariff Bahran dikatakan berteman rapat dengan Sissy Imann.
Malah, ada juga desas desus yang timbul mendakwa Bahran dan Sissy menjalin hubungan cinta.
Namun begitu, semenjak awal tahun ini, timbul pula cerita yang mendakwa Bahran menjalinkan hubungan dengan juara Big Stage, Sarah Suhairi.
Apa sebenarnya yang terjadi antara Bahran dan Sissy?
"Sebenarnya, saya memang berkawan sahaja dengan Bahran. Malah, semua peserta Big Stage bersahabat baik. Ada yang salah sangka dan anggap kami bercinta.
"Terkini, bila timbul gosip cinta antara Bahran dan Sarah, ada pula segilintir pihak yang menganggap saya patah hati. Sejujurnya, kami memang bersahabat sahaja," kata Sissy.
Sissy ditemui di majlis sambutan ulang tahun Datuk Seri Siti Nurhaliza #SitiGolden40th di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Dalam pada itu, Sissy juga menjelaskan yang dia masih berkawan dengan Bahran.
"Hubungan kami seperti dulu, hanya sekadar teman sahaja. Tak wujud sebarang isu kerana kami memang bersahabat sahaja.
"Semua peserta Big Stage memang rapat dan saling menyokong antara satu sama lain," katanya lagi.
Dalam perkembangan terbaru, Sissy bakal muncul dengan single berjudul Pesan Ayahanda.
"Lagu terbabit merupakan hasil kolaborasi saya bersama Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong dan Romeo. Jika tiada aral melintang, lagu terbabit bakal dilancarkan pada 25 Januari ini.
"Muzik videonya pula akan menyusul tidak lama lagi. Saya teruja menantikan hasilnya dan tidak sabar mahu berkongsi lagu baru dengan peminat yang tidak henti menyokong," katanya mengakhiri perbualan.