Bercakap kepada peminat dan wartawan sebaik sahaja melangkah keluar dari kem tentera, Joo Woo berkata banyak perkara yang beliau pelajari sepanjang tempoh perkhidmatan itu.
“Semua pihak menjaga saya dengan baik seperti keluarga sendiri,” katanya ketika dipetik portal Soompi.com
Beliau juga mendedahkan menerima banyak surat daripada peminat yang banyak memberi kata-kata semangat kepadanya.
“Saya amat rindukan peminat saya dan untuk itu saya mahu memberikan yang terbaik menerusi lakonan saya. Bagaimanapun saya belum memilih projek apa selepas ini," katanya.
Korea Selatan mewajibkan semua warganegara lelakinya melaksanakan khidmat tentera selama 21 bulan.
Ia adalah sebagai salah satu langkah persediaan untuk republik berkenaan menghadapi sebarang ancaman keselamatan.
Secara teknikalnya Korea Selatan masih berperang dengan Korea Utara memandangkan Perang Korea yang tercetus pada tahun 1950an hanya berakhir dengan gencatan senjata, bukan perjanjian damai.