Golden Globe: 'The Shape of Water' terima tujuh pencalonan

Nursyazwani Saiful Sham
Disember 12, 2017 16:01 MYT
Filem "The Shape of Water- arahan Guillermo del Toro mendapat pencalonan terbanyak Anugerah Golden Globe dengan tujuh pencalonan.
PENCALONAN Anugerah Golden Globe ke-75 diumumkan pada pagi Isnin di Beverly Hills.
Filem 'The Shape of Water' arahan Guillermo del Toro mendapat pencalonan terbanyak Anugerah ‘Golden Globe’ dengan tujuh pencalonan.
Ia mengisahkan kisah misteri dan magik antara seorang perempuan bisu yang menjalinkan hubungan dengan makhluk amfibia yang dikurung di dalam satu lab rahsia.
Sementara itu, 'The Post' dan 'Three Billboards Outside Ebbing, Missouri' bersaing sengit dengan enam pencalonan.
Diikuti dengan 'Lady Bird' dengan empat pencalonan sementara 'Call Me By Your Name', 'The Greatest Showman', 'All the Money in the World', 'Dunkirk' dan 'I, Tonya' tiga pencalonan.
Bagi kategori drama televisyen, 'Big Little Lies' yang diangkat dari novel Liane Moriarty dan sudah memasuki musim kedua, mendominasi kategori ini dengan enam pencalonan. Drama itu ditayangkan di saluran HBO.
Selain itu, 'Feud: Bette dan Joan' menerima empat pencalonan, manakala 'This Is Us', 'Fargo' dan 'The Handmaid’s Tale' masing-masing dengan dengan tiga pencalonan.
Rangkaian televisyen HBO mendapat 12 jumlah pencalonan, manakala Netflix dengan sembilan pencalonan dan FX, lapan pencalonan.
Golden Globes bakal dihoskan Seth Meyers dan akan bersiaran pada 7 Januari 2018.
Lihat senarai penuh pencalonan di bawah;
Filem Terbaik - Drama:
“Call Me by Your Name”
“Dunkirk”
“The Post”
“The Shape of Water”
“Three Billboards Outside Ebbing, Missouri”
Filem Terbaik – Komedi atau Musikal:
“The Disaster Artist”
“Get Out”
“The Greatest Showman”
“I, Tonya”
“Lady Bird”
Aktor Terbaik bagi Filem - Drama:
Timothée Chalamet, “Call Me by Your Name”
Daniel Day-Lewis, “Phantom Thread”
Tom Hanks, “The Post”
Gary Oldman, “Darkest Hour”
Denzel Washington, “Roman J. Israel, Esq.”
Aktres Terbaik bagi Filem - Drama:
Chastain, “Molly’s Game”
Sally Hawkins, “The Shape of Water”
Frances McDormand, “Three Billboards Outside Ebbing, Missouri”
Meryl Streep, “The Post”
Michelle Williams, “All the Money in the World”
Aktor Terbaik bagi FilemKomedi atau Musikal:
Steve Carell, “Battle of the Sexes”
Ansel Elgort, “Baby Driver”
James Franco, “The Disaster Artist”
Hugh Jackman, “The Greatest Showman”
Daniel Kaluuya, “Get Out”
Aktres Terbaik bagi Filem - Komedi atau Musikal:
Judi Dench, “Victoria & Abdul”
Helen Mirren, “The Leisure Seeker”
Margot Robbie, “I, Tonya”
Saoirse Ronan, “Lady Bird”
Emma Stone, “Battle of the Sexes”
Pembantu Aktor Terbaik bagi Filem:
Willem Dafoe, “The Florida Project”
Armie Hammer, “Call Me by Your Name”
Richard Jenkins, “The Shape of Water”
Christopher Plummer, “All the Money in the World”
Sam Rockwell, “Three Billboards Outside Ebbing, Missouri”
Pembantu Aktres Terbaik bagi Filem:
Mary J. Blige, “Mudbound”
Hong Chau, “Downsizing”
Allison Janney, “I, Tonya”
Laurie Metcalf, “Lady Bird”
Octavia Spencer, “The Shape of Water”
Filem Animasi Terbaik:
Boss Baby”
“The Breadwinner”
“Coco”
“Ferdinand”
“Loving Vincent”
Pengarah Terbaik – Filem:
del Toro, “The Shape of Water”
Martin McDonagh, “Three Billboards Outside Ebbing, Missouri”
Christopher Nolan, “Dunkirk”
Ridley Scott, “All The Money in the World”
Steven Spielberg, “The Post”
Lakon Layar Terbaik – Filem:
Guillermo Del Toro, Vanessa Taylor, “The Shape of Water”
Greta Gerwig, “Lady Bird”
Liz Hannah, Josh Singer, “The Post”
Martin McDonagh, “Three Billboards Outside Ebbing, Missouri”
Aaron Sorkin, “Molly’s Game”
Skor Asal - Filem:
“Three Billboards Outside Ebbing, Missouri”
“The Shape of Water”
“Phantom Thread”
“The Post”
“Dunkirk”
#drama #filem #Golden Globe #pencalonan #the shape of water #tv
;