#Gold: 'Kalau tak suka, saya pulangkan balik duit' - Pengarah
Gempak
Julai 14, 2024 14:47 MYT
Julai 14, 2024 14:47 MYT
PENGARAH filem Gold, Adrian Teh memberi jaminan akan mengembalikan semula wang sekiranya ada penonton yang tidak berpuas hati dengan naskhah tersebut.
'Money-back guarantee'
Adrian berkata demikian menerusi sesi siaran langsung di Instagram bersama Astro Gempak baru-baru ini.
Menurut Adrian, dia percaya filem itu akan berjaya menambat hati para peminat filem di Malaysia.
“Saya yakin kalau semua sudi bagi peluang, masuk panggung dan tengok, saya yakin korang akan suka. Money-back guarantee,” ujarnya.
Sekadar info, filem aksi sukan, Gold menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air seperti Farid Kamil, Wan Raja dan Yasmin Hani selain penampilan muka baharu antaranya Jack Tan dan Lynn Lim sebagai teraju utama.
Sinopsis Gold:
Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou sejak kecil.
Ketika dia berusaha untuk menempatkan namanya dalam arena sukan nasional, beliau didapati menghidap penyakit saraf yang dikenali sebagai Erb's Palsy.
Kehilangan ayah sebagai penyokong kuatnya juga membuatkan Liek Hou hilang arah.
Namun, apabila acara Paralimpik dunia mengiktiraf badminton sebagai sukan yang akan dipertandingkan di Tokyo, Liek Hou bangkit semula dengan bantuan jurulatih dan pemain legenda Malaysia, Rashid Sidek.
Saksikan filem Gold terbitan Astro Shaw dan Act 2 Pictures dengan kerjasama Clover Films & One Cool Entertainment di pawagam seluruh Malaysia sekarang. -Gempak