Glee tetap bersiaran walaupun dibantah

Astro Awani
Januari 27, 2013 09:45 MYT
Walaupun mendapat bantahan bagi episode ‘Glee’ yang memaparkan lagu “Baby Got Back” tetap disiarkan pada Khamis lalu.
Episod itu dibantah kerana lagu nyanyian semula itu didakwa sama dengan gubahan nyanyian Jonathan Coulton.
Minggu lalu, Coulton telah menyatakan di akaun Twitternya bahawa Glee telah meniru gubahan lagunya yang dilancarkan pada 2005.
Coulton yang merupakan penyanyi internet telah membeli hak cipta untuk menggunakan lirik “Baby Got Back.”
Maka dia berasa sedih dan marah apabila gubahannya ditiru penulis Glee tanpa memberi kredit kepadanya.
Episod itu yang berjudul “Sadie Hawkins” daripada musim ke empat diarahkan Bradley Buecker.
Siri Muzikal itu turut dibintangi Lea Michele dan Chris Colfer.
#Baby Got Back #Glee #Jonathan Coulton