#GimmeTheMicMY: Farhan Mustapha dinobat juara

Gempak
September 16, 2024 14:50 MYT
Menyampaikan lagu Berhenti Berharap, Farhan memperoleh markah tertinggi mengetepikan 5 finalis lain dalam pusingan The Grand Champion. -Gempak
FINALIS Farhan Mustapha dinobatkan sebagai juara Gimme The Mic Malaysia 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.

Ringkasan AI
  • Farhan Mustapha dinobat sebagai juara Gimme The Mic Malaysia 2024, membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 daripada Astro, AS$2,000 daripada TikTok, dan penerbitan album single.
  • The Grand Six, termasuk Farhan, akan mewakili Malaysia di pentas antarabangsa Gimme The Mic Global.
  • Syaffiq Sahli memenangi anugerah Terpaling FYP Freedom Unleashed, membawa pulang wang tunai RM5,000.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada pasukan produksi dan juri yang banyak mengajar saya serta peminat.
"Hadiah ini saya hadiahkan kepada anak, Zain Iskandar. Ini untuk adik!" katanya sebak usai namanya diumumkan sebagai juara utama.
Dengan tema Grand Finale, Farhan Mustapha ternyata membuktikan kebolehan dan kualitinya yang tersendiri.
Menyampaikan lagu Berhenti Berharap, Farhan memperoleh markah tertinggi mengetepikan 5 finalis lain dalam pusingan The Grand Champion.
Farhan membawa pulang hadiah RM10,000 daripada Astro, beserta AS$2,000 daripada TikTok, dan penerbitan sebuah album single tajaan Astro & Rocketfuel.
Sementara itu, finalis Shazreen Shaharum, Bulan Asyraff, Syaffiq Sahli, Ameerais dan Jelly Belly turut membawa pulang trofi Gimme The Mic Malaysia 2024.
The Grand Six
Farhan Mustapha, Jelly Belly, Shazreen Shaharum, Syaffiq Sahli, Ameerais dan Bulan Asyraff berjaya menghuni kerusi The Grand Six yang menggabungkan markah juri sebanyak 70% dan 30% daripada peminat.
The Grand Six bakal mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa bagi berentap di pentas Gimme The Mic Global.
Sementara itu, persembahan memukau Syaffiq Sahli berjaya mendapat anugerah Terpaling FYP Freedom Unleashed sekali gus membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000.
Farhan Mustapha pula turut meraih anugerah pilihan Gimme The Mic Alha Alfa yang membawa pulang RM10,000.
Juara serta peserta di kedudukan enam teratas ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan mara ke peringkat antarabangsa mewakili Malaysia untuk berentap dengan juara-juara ‘Gimme The Mic’ dari negara-negara lain.
Juara ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, beserta $2,000 USD (dua ribu dolar AS) daripada TikTok, dan penerbitan sebuah album single tajaan Astro & Rocketfuel. -Gempak
#Farhan Mustapha #Gimme The Mic Malaysia 2024 #Berhenti Berharap #The Grand Six
;