Apa yang harus dilakukan apabila persembahan seorang penyanyi tersohor berlaku tidak seperti yang dirancang?
Hentikan sahaja nyanyian.
Itu yang dilakukan ‘diva pop’ Amerika Syarikat, Mariah Carey.
Mariah yang hadir di Times Square, New York untuk membuat persembahan bagi rancangan sambutan tahun baharu, Dick Clark's New Year's Rockin' Eve with Ryan Seacrest untuk saluran ABC, pada awalnya kelihatan berkeyakinan tinggi memulakan nyanyian, namun ia tidak lama, apabila masalah bunyi mula terserlah.
Dia yang berhadapan dengan lebih sejuta penonton yang hadir, memulakan persembahan dengan lagu hit ‘Emotions’ gagal untuk menyampaikan rangkap tinggi.
Mariah kelihatan jelas terganggu dan bergelut dengan lirik serta muzik latar.
Apa yang mampu dilakukan pemenang anugerah Grammy itu hanya bergurau dengan penonton selepas 'terkantoi' yang dia sebenarnya sedang ‘miming’ atau melakukan 'mimik gerak bibir'.
Sambil memberikan alasan tidak sempat berlatih untuk lagu itu, Mariah cuba menyampaikan lagu kedua, "We Belong Together".
Nasib yang sama menimpanya, gagal serasi dengan muzik dan membuatkannya terus tidak selesa.
Akhirnya, apa yang dilakukannya oleh ‘diva’ berusia 46 tahun itu adalah dengan menghentikan persembahan secara tiba-tiba dan berlalu pergi daripada pentas tanpa mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada khalayak yang sedang bersorak.
Jutaan yang lain turut menonton aksi itu secara langsung dari kaca televisyen.
Acara tahunan di Times Square itu dikawal ketat oleh 7,000 anggota polis. Ia turut menampilkan persembahan dari Homas Rhett dan Gloria Estefan.
Astro Awani
Sun Jan 01 2017
Dia yang berhadapan dengan lebih sejuta penonton yang hadir, memulakan persembahan dengan lagu hit Emotions gagal untuk menyampaikan rangkap tinggi. - REUTERS/Stephanie Keith
Cari penyelesaian isu tafsiran undang-undang
Kerajaan Madani sentiasa mendengar dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah di negara ini terutama melibatkan tafsiran undang-undang.
Hari bekerja 4.5 hari inovatif dan berhemat - CMI
Institut Pengurusan Bertauliah (CMI) menyambut baik cadangan Johor berhubung tempoh 4.5 hari seminggu bekerja untuk sektor awamnya.
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Kenaikan tambang bas sekolah tidak dapat dielakkan demi kelangsungan industri tersebut.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.