Giliran kembar dari Malawi pula jadi anak angkat Madonna

Agensi
Februari 7, 2017 22:53 MYT
Penyanyi itu pernah menimbulkan kontroversi sebelum ini kerana mengambil seorang kanak-kanak perempuan dari Malawi sebagai anak angkat. - REUTERS/Neil Hall
Bintang pop antarabangsa Madonna dilaporkan telah mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi Malawi untuk mengambil sepasang anak angkat kembar dari negara itu.
Penyanyi itu pernah menimbulkan kontroversi sebelum ini kerana mengambil seorang kanak-kanak perempuan dari Malawi sebagai anak angkat, sekali gus menimbulkan kemarahan rakyat di negara itu.
Malawi sebelum ini tidak membenarkan warga asing mengambil anak angkat.
Madonna berada di mahkamah ketika keputusan diumumkan, kata seorang jurucakap mahkamah pada Selasa.
“Hari ini, Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang Madonna seharusnya dibenarkan untuk mengambil sepasang anak angkat,” kata jurucakap terbabit.
Madonna juga dilihat tersenyum sejurus mendengar keputusan.
Madonna, 58, sebelum ini mengambil David Banda dan Mercy James dari Malawi sebagai anak angkat pada 2006 dan 2009.
Penyanyi itu juga mempunyai dua anak dari hubungan sebelum ini, Lourdes dan Rocco.
#anak angkat anak kembar #David Banda #Lourdes #Madonna #Malawi #Mercy James #Rocco.
;