Gereja St. George menjadi pilihan Putera Harry, Meghan Markle
Agensi
Februari 12, 2018 10:47 MYT
Februari 12, 2018 10:47 MYT
Putera Harry dan tunangnya Meghan Markle, bakal melangsungkan perkahwinan di Gereja St. George, Windsor Castle, Kensington Palace.
Majlis diraja itu akan dikendalikan oleh Dean of Windsor, the Right Reverend David Conner dan bakal disatukan oleh Paderi Canterbury, Justin Welby.
Selepas disatukan, Putera Harry dan Meghan akan berarak bagi meraikan hari istemewa mereka, kata istana.
Perarakan itu akan berakhir di Windsor Castle, di mana pasangan itu akan menyertai tetamu untuk majlis resepsi di St George's Hall.
Istana turut memaklumkan, detik itu amak dinantikan pasangan berkenaan dan tidak sabar untuk berkongsi dengan rakyat jelata.
"Mereka sangat berterima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan dan mendoakan mereka sejak pasangan itu mengumumkan pertunangan mereka," tambah istana.
Putera Harry dan Meghan bakal melangsungkan perkahwinan pada 19 Mei ini.