George Clooney teruja timang bayi kembar di usia 56 tahun

Gempak
Februari 22, 2017 07:00 MYT
George sangat bahagia sejak menerima perkhabaran isterinya, Amal Alamuddin, disahkan hamil.
AKTOR George Clooney akui teruja untuk menimang cahaya mata kembar pada saat usianya menginjak 56 tahun.
Menurut laporan USA Today, George sangat bahagia sejak menerima perkhabaran isterinya, Amal Alamuddin, disahkan hamil.
"Kami sangat bahagia dan sudah tak sabar lagi. Rasanya pasti akan seperti sebuah kehidupan yang baru. Tapi kami dengan tangan terbuka menerima semuanya," kata George.
Tambahnya, sudahpun memberitahu berita gembira tersebut kepada beberapa teman rapatnya.
"Ketika saya memberitahu berita itu, mereka terdiam. Kemudian mereka mula meniru suara tangisan bayi, dan semua orang yang berada di meja ketika itu ketawa terbahak-bahak.
"Tapi saya berasa sangat bahagia mempunyai anak kembar di usia 56 tahun," tuturnya
Bagaimanapun, George membuat keputusan untuk tidak mahu tahu mengenai jantina kembarnya.
#Amal Alamuddin #george clooney
;