Generasi Gamerz satukan anak dan ibu bapa main permainan video

Asyraf Roslan
November 12, 2020 05:40 MYT
Generasi Gamerz akan mula bersiaran pada 13 November am 9 malam di Astro Ceria di saluran 611 dan EGG Network saluran 800.
PERMAINAN video atau e-sukan bukanlah satu perkara baru untuk kebanyakan generasi muda kini.
Boleh dikatakan hampir setiap hari golongan yang meminati aktiviti itu akan meluangkan masa mereka untuk menguji kemahiran dalam permainan video.
Tapi bagaimana pula jika golongan ibu bapa yang tidak pernah bermain permainan tersebut tetapi perlu menyertai keseronokan itu bersama anak-anak?
Astro Ceria hadir dengan sebuah program hiburan keluarga baharu iaitu Generasi Gamerz.
Program yang menyatukan anak dan ibu bapa mereka ini akan menyaksikan penglibatan ibu bapa setiap peserta bersatu untuk bermain permainan video seperti FIFA20, Overcooked 2 dan Mobile Legends.
Program yang dihoskan oleh Isha Norsham ini akan disertai oleh Wafiy, Kiki, Norreen, Mia Sara dan streamer popular Uncle Dyyi.
Generasi Gamerz akan mula bersiaran pada 13 November jam 9 malam di Astro Ceria di saluran 611 dan EGG Network saluran 800.
Anda juga boleh strim program ini menerusi aplikasi Astro GO, Astro PVR atau Ultra Box.
#Generasi Gamerz #Astro Ceria #permainan video #e-sukan #santai #riadah