Genap setahun pemergian Anthony Bourdain, Discovery Channel beri penghormatan
Gempak
Jun 3, 2019 04:51 MYT
Jun 3, 2019 04:51 MYT
MENGENANG genap setahun pemergian chef selebriti dan personaliti TV terkemuka antarabangsa Anthony Bourdain, Astro dengan kerjasama Discovery Channel memberi penghormatan kepadanya menerusi program 'Anthony Bourdain: Parts Unknown'.
Menampilkan musim ke-11 dan ke-12 program Anthony Bourdain: Parts Unknown, rancangan terakhir yang disertainya sebelum meninggal dunia akan ditayangkan di Malaysia buat pertama kali.
Program tersebut akan mula ditayangkan pada jam 9 malam ini, (4 Jun 2019) di Discovery Channel (saluran 551), peminat boleh menyaksikannya pada setiap hari Selasa.
Sedikit info mengenai Bourdain, dia terkenal sebagai penulis dan personaliti televisyen, dengan pengkhususan terhadap dunia kulinari.
Antara program popularnya adalah 'No Reservations', 'The Layover', 'The Taste' dan 'Top Chef'.
Beberapa buah buku terlaris hasil tulisannya ialah 'No Reservations: Around the World on an Empty Stomach', 'Kitchen Confidential' dan 'A Cook's Tour'.
Bourdain ditemui mati di bilik hotelnya di Perancis pada 8 Jun 2018.
- Chef selebriti antarabangsa Anthony Bourdain meninggal dunia
- Reaksi dunia terhadap berita kematian Anthony Bourdain
- Anthony Bourdain gantung diri guna tali jubah mandi
- 'Hati saya remuk'- Luahan teman wanita Anthony Bourdain
- "Susahnya untuk membuat Anthony Bourdain ketawa" - Chef Wan imbau kenangan bersama
- Anthony Bourdain tinggalkan aset AS$1.2 juta untuk anak
Semua pelanggan Astro boleh menikmati program 'Anthony Bourdain: Asia Edition' yang memaparkan episod dari Parts Unknown dan No Reservations di on demand bermula 8 Jun 2019.
Pelanggan Astro Learning Pack juga boleh mengakses boxsets lengkap musim ke-9 dan ke-10 Anthony Bourdain: Parts Unknown di on demand bermula dari 8 Jun 2019.
Episod dari musim ke-11 dan ke-12 akan tersedia untuk streaming on demand selepas tayangan perdana di Discovery Channel (saluran 551) bermula 4 Jun 2019.